AS pertimbang sertai Arab Saudi serang Houthi susulan serangan di Riyadh

HomeFeaturedBerita Semasa

AS pertimbang sertai Arab Saudi serang Houthi susulan serangan di Riyadh

WASHINGTON,. Amerika Syarikat (AS) mungkin menyertai serangan Arab Saudi terhadap kumpulan Houthi di Yaman susulan serangan ke atas Lapangan Terbang A

Sultan Pahang rasmi sambutan ulang tahun ke-100 Sekolah Sultan Ahmad
KESUMA manfaatkan dana RM50 juta perkukuh pelaksanaan TVET 2.0
Harga diesel di Semenanjung naik 5 sen

WASHINGTON,. Amerika Syarikat (AS) mungkin menyertai serangan Arab Saudi terhadap kumpulan Houthi di Yaman susulan serangan ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh, kata Presiden Donald Trump.

Trump berkata, keputusan itu masih dalam pertimbangan Washington selepas beliau dimaklumkan mengenai serangan terbaharu berkenaan.

“Kita mungkin (sertai serangan). Kita akan menelitinya. Kita baru sahaja dimaklumkan mengenai serangan terbaharu itu. Kita akan membuat keputusan. Kita bergerak dengan pantas,” katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Menurut Pihak Berkuasa Am Penerbangan Awam Arab Saudi, serangan itu menyebabkan operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid digantung sementara, dengan beberapa individu dilaporkan cedera.

Dalam kenyataannya, pihak berkuasa berkenaan memaklumkan serangan berlaku pada petang Sabtu, namun jumlah sebenar mangsa yang cedera masih dalam siasatan.

Kedutaan AS dan United Kingdom (UK) di Arab Saudi turut menasihatkan rakyat masing-masing supaya menjauhi lapangan terbang berkenaan susulan serangan tersebut, selain memberi amaran mengenai risiko keselamatan serta kemungkinan gangguan perjalanan.

Pada Jumaat, pihak berkuasa Arab Saudi memaklumkan tiga rakyatnya terbunuh manakala beberapa yang lain cedera dalam dua serangan pada Khamis yang menyasarkan kemudahan di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid dan sebuah pesawat Saudi Arabian Airlines.

Operasi lapangan terbang kemudiannya disambung semula dan pergerakan trafik udara kembali seperti biasa, menurut pihak berkuasa penerbangan negara itu.

Kumpulan Houthi sebelum ini mengaku bertanggungjawab terhadap beberapa serangan menggunakan peluru berpandu dan dron yang menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid serta beberapa lapangan terbang lain di Arab Saudi sejak kebelakangan ini.

Konflik di Yamann tercetus selepas Houthi mengambil alih ibu negara, Sanaa, serta beberapa wilayah lain pada September 2014.

Perkembangan itu mendorong campur tangan pakatan diketuai Arab Saudi pada Mac 2015 bagi menyokong kerajaan Yemen yang diiktiraf masyarakat antarabangsa.

Perkembangan terbaharu itu meningkatkan kebimbangan mengenai kemungkinan penglibatan lebih langsung AS dalam konflik Yemen serta risiko peningkatan ketegangan serantau.

— Agensi