
Aspiration International Secondary School, TTDI mempersembahkan ‘Journey To The Best’
Sebuah Persembahan Amal Oleh Pelajar Bagi Menyokong NASOM & NCSM
Kuala Lumpur, Malaysia – 27 Mei 2025 – Aspiration International Secondary School (AISS) secara rasmi telah melancarkan produksi amal mereka yang bertajuk ‘Journey to the Best’ dalam satu sidang media yang berlangsung pagi ini. Persembahan istimewa yang diketuai oleh para pelajar ini akan dipentaskan pada Sabtu, 12 Julai 2025, bertempat di The Platform, Menara KEN TTDI, dengan dua sesi persembahan yang terbuka kepada orang ramai.
Sidang media ini diadakan dengan lima objektif utama:
1. Untuk meraikan dedikasi dan bakat para pelajar AISS yang telah mencurahkan usaha dalam menjayakan Journey to the Best.
2. Untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai persembahan amal ini dan misinya untuk memberi kembali kepada masyarakat.
3. Untuk menggalakkan sokongan komuniti yang lebih meluas melalui keterlibatan media, jualan tiket, dan derma.
4. Untuk mengetengahkan badan-badan kebajikan yang bakal menjadi penerima sumbangan — iaitu National Autism Society of Malaysia (NASOM) dan National Cancer Society Malaysia (NCSM).
5. Untuk menyediakan platform kepada etamu kehormat, ibu bapa, dan wakil NGO untuk berkongsi pandangan mereka mengenai pentingnya memupuk kreativiti, empati dan tanggungjawab sosial dalam kalangan pelajar.
Pihak sekolah berharap sidang media ini akan memberi inspirasi kepada masyarakat untuk memberikan sokongan yang lebih besar, sekali gus meningkatkan jualan tiket serta kesedaran terhadap misi kebajikan yang diperjuangkan.
Antara tetamu kehormat yang hadir termasuklah Dato’ Nurulhidayah Ahmad Zahid, serta wakil dari NASOM dan NCSM, yang menzahirkan sokongan terhadap usaha ini.
Dalam ucapan alu-aluannya, Encik Oon Eu Jin, Pengerusi AISS berkata:
“‘Journey to the Best’ is more than just a performance. It’s a celebration of growth, friendship, resilience, and courage. We are incredibly proud of our students for taking ownership of this journey—not just on stage, but through their desire to make a positive impact.”
Penonton turut disajikan dengan sesi perkongsian pelajar yang menyentuh hati, dimulakan dengan cerita daripada ahli Persatuan Seni Persembahan, diikuti oleh persembahan memukau dari Orkestra Sekolah, dan ditutup dengan nyanyian merdu dari Koir sekolah. Setiap segmen memperlihatkan kreativiti dan komitmen pelajar terhadap perubahan sosial, benar-benar mencerminkan semangat produksi ini.
Maklumat Rasmi Persembahan Amal: ‘Journey to the Best’
Tarikh: Sabtu, 12 Julai 2025
Tempat: The Platform, Menara KEN TTDI
Masa Persembahan:
i) Sesi 1: 1:00 PM – 3:00 PM
ii) Sesi 2: 4:00 PM – 6:00 PM
Harga Tiket: RM80 – RM150 (setiap tempat duduk, setiap sesi)
Beli Tiket Sekarang: http://t2u.asia/e/41916
Keuntungan hasil jualan tiket akan disalurkan kepada:
i) National Autism Society of Malaysia (NASOM)
ii) National Cancer Society Malaysia (NCSM)
Sumbangan juga boleh dibuat terus ke akaun berikut:
Nama Akaun: Aspiration Education Services Sdn Bhd
Nombor Akaun: 564801654229
Bank: Maybank
Rujukan: Charity Show
Untuk maklumat lanjut atau sebarang sokongan, sila hubungi: +60126775777