Audi Sasar Perkasa Rantai Bekalan Tempatan Melalui Pengeluaran Q7 di Pekan

Audi Sasar Perkasa Rantai Bekalan Tempatan Melalui Pengeluaran Q7 di Pekan

PEKAN – Pengeluaran Audi Q7 secara tempatan di Pekan membuka lembaran baharu kepada pembangunan ekosistem automotif Malaysia, khususnya dari segi penyetempatan pembekal dan teknologi.

Volkswagen Group Malaysia kini dalam rundingan dengan agensi tempatan bagi meningkatkan penggunaan komponen buatan Malaysia dalam kenderaan yang dipasang di sini.

“Fokus kami bukan sekadar jumlah pengeluaran – kami mahu bina ekosistem yang mampan dan berasaskan sumber tempatan,” kata Susanne Lehmann.

Dengan kapasiti pengeluaran 5,000 unit setahun, projek ini dijangka mencipta pekerjaan berkualiti tinggi dan mempercepat pertumbuhan rantaian bekalan automotif tempatan di Pahang dan rantau sekitarnya.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This