BAM kutuk serangan siber terhadap pemain badminton negara

HomeFeaturedBerita Semasa

BAM kutuk serangan siber terhadap pemain badminton negara

KUALA LUMPUR,. Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengecam keras tindakan segelintir individu yang melemparkan komen dan mesej berbaur penghinaan sert

BAM beri amaran kelab dakwa kaitan palsu
Pearly-Thinaah juara Beregu Wanita Masters Indonesia
BAC 2026: Herry minta Aaron-Wooi Yik jangan fikir soal pertahan kejuaraan

KUALA LUMPUR,. Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengecam keras tindakan segelintir individu yang melemparkan komen dan mesej berbaur penghinaan serta ugutan terhadap pemain badminton negara di media sosial, baru-baru ini.

Dalam kenyataannya hari ini, BAM menegaskan tidak ada ruang untuk kebencian, intimidasi atau diskriminasi dalam dunia sukan mahupun masyarakat, sambil menekankan bahawa keselamatan dan kebajikan pemain sentiasa menjadi keutamaan badan induk berkenaan.

“BAM mengecam sekeras-kerasnya tingkah laku sedemikian dan menggesa semua pihak agar menyuarakan pandangan dengan penuh rasa hormat serta secara positif,” menurut kenyataan itu.

Pada masa sama, BAM memaklumkan akan terus memantau keadaan dengan teliti dan memberikan sokongan kepada pemain sekiranya diperlukan.

— BERNAMA