
Bangladesh Cari Sokongan China Tangani Krisis Sungai dan Banjir
NEW DELHI – Bangladesh sedang mencari bantuan teknikal dan kepakaran dari China bagi menyusun strategi pengurusan sungai yang mampan, susulan peningkatan risiko banjir dan kemerosotan ekosistem air di negara itu.
Ketua kerajaan sementara, Muhammad Yunus berkata, dengan lebih 800 sungai yang merentasi negara dan majoriti penduduk tinggal di dataran rendah, Bangladesh amat memerlukan pelan jangka panjang untuk mengekang impak alam sekitar.
“Air memberi kehidupan, namun dengan pertambahan penduduk, ia juga boleh membawa bencana. Kita perlukan pendekatan baharu yang lebih terancang,” katanya selepas bertemu Menteri Sumber Air China.
Lawatan empat hari Yunus ke China turut menyaksikan pengukuhan kerjasama dua hala dalam pelbagai sektor termasuk pelaburan, infrastruktur, dan perdagangan.