DHAKA,. Bangladesh menduduki kedudukan ke-84 dalam Indeks Kelaparan Global (GHI) 2026 dengan skor 19.2, sekali gus meletakkan negara itu dalam kategor
DHAKA,. Bangladesh menduduki kedudukan ke-84 dalam Indeks Kelaparan Global (GHI) 2026 dengan skor 19.2, sekali gus meletakkan negara itu dalam kategori kelaparan “sederhana”, lapor Agensi Berita Xinhua.
GHI 2026 meletakkan Bangladesh di tangga ke-84 daripada 122 negara, dengan menyifatkan kemajuan jangka panjang negara berkenaan sebagai “pencapaian merentasi generasi.”
Bagaimanapun, laporan itu menyerlahkan bahawa kelaparan global semakin meningkat semula berikutan konflik yang berterusan, kejutan iklim dan krisis ekonomi.
–BERNAMA-XINHUA

