Banjir Termenung Masuki Minggu Kedua, Penduduk Minta Solusi Jangka Panjang

Banjir Termenung Masuki Minggu Kedua, Penduduk Minta Solusi Jangka Panjang

PONTIAN, 27 Mac — Krisis banjir termenung yang melanda Kampung Sungai Besar, Benut masih belum menunjukkan tanda akan surut walaupun sudah memasuki minggu kedua, memaksa ramai penduduk berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga di rumah masing-masing.

Menurut Abdul Rahim Omar, rumahnya sudah mula ditenggelami air sejak minggu lalu, dan peningkatan paras air secara mendadak menyebabkan mereka sekeluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.

“Peti sejuk, mesin basuh kami semua dah dialihkan ke tempat tinggi. Bukan sebab mahu pindah rumah, tapi takut hujan datang semula,” katanya.

Walaupun dibenarkan pulang dari PPS, Abdul Rahim tetap gusar. Beliau menekankan perlunya penyelenggaraan sistem saliran secara berkala, bukan hanya ketika banjir sudah berlaku.

“Kalau aliran air lebih baik, mungkin banjir termenung macam ini tak berlaku. Harap pihak berkaitan ambil serius,” tambahnya.

Bagi Abdul Rahim, sambutan Aidilfitri tahun ini sekadar sederhana, selagi keadaan cuaca dan banjir belum reda sepenuhnya.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )