Batu Puteh: ‘Saya tidak menyimpan dendam terhadap Tun M’ – Anwar

Batu Puteh: ‘Saya tidak menyimpan dendam terhadap Tun M’ – Anwar

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa beliau tidak mempunyai rasa dendam terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebaliknya, beliau menerangkan bahawa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyelidik isu berkaitan dengan kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah, dan Tubir Selatan ditubuhkan semasa pemerintahan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Tidak ada rasa dendam pada waktu jawatankuasa pasukan khas itu ditubuhkan. ” Sebelum saya jadi Perdana Menteri, Ismail Sabri adalah Perdana Menteri pada waktu itu. Menterinya ialah Hamzah, dan Takiyuddin turut menjadi menteri.

Anwar berkata mengenai tindakan terhadap Dr Mahathir, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada Jabatan Peguam Negara untuk mengambil tindakan.

“Saya tidak mempunyai cadangan apa-apa mengenai tindakan terhadap Dr Mahathir. Saya serahkan perkara itu kepada Jabatan Peguam Negara,” katanya lagi.

Sebelum ini, RCI yang dipimpin oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif, mencadangkan agar siasatan jenayah ke atas Dr Mahathir boleh dimulakan.

Usul itu dibuat selepas Malaysia kehilangan Batu Puteh kepada Singapura. Ini berlaku apabila Kabinet yang dipimpin Dr Mahathir pada tahun 2018 menarik balik permohonan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Susulan cadangan RCI itu, pembangkang mengatakan ada unsur balas dendam dan niat jahat terhadap seseorang. Mereka juga berasa hairan kerana beberapa mukasurat dari kertas isu Batu Puteh turut tidak disertakan seolah ada menyembunyikan sesuatu.

Sebelum itu, Dr Mahathir menerangkan bahawa keputusan mengenai cara menangani pertikaian kedaulatan Batu Puteh dibuat bersama oleh Jemaah Menteri, termasuk Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang pada masa itu merupakan Timbalan Perdana Menteri.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )