Beberapa tempat di timur Sabah mengalami masalah bekalan elektrik.

Beberapa tempat di timur Sabah mengalami masalah bekalan elektrik.

Sabah Electricity sedang bekerja keras untuk memulihkan bekalan elektrik di kawasan yang terjejas.

KOTA KINABALU: Beberapa tempat di Timur Sabah sedang menghadapi masalah bekalan elektrik sekarang, kata Sabah Electricity Sdn Bhd (Sabah Electricity).

Kawasan yang terlibat termasuk Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, Beluran, dan Kinabatangan.

Sabah Electricity sedang giat menjalankan usaha pemulihan bekalan elektrik di kawasan-kawasan yang terjejas dan memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.

Kemas kini lanjut akan diberikan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi Sabah Electricity.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi dan menghargai kesabaran serta kerjasama anda. Kemas kini lanjut akan diberikan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi Sabah Electricity. Terima kasih atas perhatian anda,” menurut kenyataan dari Sabah Electricity.

Tinjauan mendapati kawasan itu mula terputus bekalan elektrik kira-kira pukul 1.00 tengahari tadi.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )