Bekalan barangan basah dan keperluan harian mencukupi termasuk sepanjang Ramadan

Bekalan barangan basah dan keperluan harian mencukupi termasuk sepanjang Ramadan

PUTRAJAYA, 22 April  — Barangan basah dan keperluan asas lain dijamin mencukupi untuk menampung permintaan rakyat seluruh negara secara berterusan termasuk sepanjang tempoh Ramadan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Untuk itu, beliau yang juga Menteri Pertahanan berharap supaya orang ramai merancang dan tidak bersesak-sesak ketika membuat persiapan Ramadan di mana-mana premis, selain terus mematuhi arahan termasuk jarakan sosial.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak bimbang dengan bekalan makanan dan keperluan harian bagi sambut Ramadan kerana ia mencukupi,” katanya dalam sidang media harian berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di sini, hari ini.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS Wordpress (0) Disqus (0 )