BELANJAWAN 2027: MINDEF GARIS LIMA FOKUS UTAMA URUS PERUNTUKAN RM22.11 BILION SECARA TELUS

HomeFeaturedBerita Semasa

BELANJAWAN 2027: MINDEF GARIS LIMA FOKUS UTAMA URUS PERUNTUKAN RM22.11 BILION SECARA TELUS

KUALA LUMPUR,. Kementerian Pertahanan (MINDEF) menggariskan lima fokus utama bagi memastikan peruntukan RM22.11 bilion di bawah Belanjawan 2027 diurus

19 perkara di bawah MA63 dipersetujui setakat ini – Fadillah
Kerajaan sokong titah Sultan Selangor bantah aktiviti LGBT
Aktiviti ekonomi terus diperkasa bagi menjamin peluang pekerjaan – Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR,. Kementerian Pertahanan (MINDEF) menggariskan lima fokus utama bagi memastikan peruntukan RM22.11 bilion di bawah Belanjawan 2027 diurus secara telus, berhemat dan berkesan.

Fokus berkenaan meliputi kesiapsiagaan dan keupayaan pertahanan, kesejahteraan anggota dan keluarga, kebajikan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pembangunan modal insan dan patriotisme serta penyelidikan dan ekosistem industri pertahanan.

MINDEF dalam kenyataan hari ini memaklumkan peruntukan itu, yang meningkat sebanyak 1.66 peratus berbanding 2026, merangkumi RM14.52 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM7.59 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.

“Bagi memperkukuh keupayaan pertahanan negara, sebanyak RM5.35 bilion diperuntukkan bagi pembangunan kelengkapan ketiga-tiga perkhidmatan ATM, selain peruntukan operasi termasuk RM133.45 juta bagi pengoperasian di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah.

“Dalam aspek kesejahteraan anggota dan keluarga, RM957.30 juta disediakan bagi perumahan ATM manakala RM30 juta diperuntukkan untuk penggantian perabot Rumah Keluarga Angkatan Tentera. Peruntukan program Head To Toe turut digandakan kepada RM280 juta,” menurut kenyataan itu.

Bagi kebajikan veteran, RM304 juta diperuntukkan untuk pengurusan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) dan peningkatan kadar pencen terendah daripada RM1,000 kepada RM1,350 sebulan bagi veteran yang layak.

MINDEF turut memberi penekanan kepada pembangunan modal insan menerusi latihan kemahiran melalui kerjasama antaranya dengan Malaysian Institute of Aviation Technology (MIAT) dan Akademi Laut Malaysia bagi anggota lain-lain pangkat yang menamatkan perkhidmatan bagi membantu mereka membina kerjaya kedua.

“Sebanyak RM279.85 juta juga disediakan bagi perbelanjaan mengurus dan pembangunan Program Latihan Khidmat Negara untuk menyokong pembentukan disiplin, jati diri serta semangat patriotisme,” menurut MINDEF.

Dalam usaha memperkukuh penyelidikan dan ekosistem industri pertahanan, sebanyak RM65.03 juta diperuntukkan bagi penyelidikan serta pembangunan pertahanan manakala RM30 juta disediakan bagi penganjuran Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2027 (LIMA 2027).

“MINDEF komited memastikan kesiapsiagaan pertahanan serta kebajikan anggota, keluarga dan veteran ATM akan terus diberi keutamaan demi memelihara kedaulatan negara,” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA