
Berhati – hati Dengan Laman Sesawang Palsu Menyamar Sebagai Platform Rasmi MOTAC
PUTRAJAYA – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) ingin memberi amaran kepada orang awam mengenai kewujudan laman sesawang palsu
yang menyamar sebagai platform rasmi MOTAC bagi carian syarikat pelancongan berlesen melalui pautan https://www.motacgov.com/semakan/tobtab/#/ dan
https://www.motacgov.com/#/.
MOTAC memandang serius perkara ini kerana ia boleh mengelirukan orang ramai dan berpotensi menyebabkan penipuan. Laman sesawang palsu ini mungkin digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk memperdaya pengguna dengan maklumat yang tidak sah atau menyalurkan perkhidmatan yang tidak diiktiraf oleh MOTAC.
Sehubungan itu, MOTAC menegaskan bahawa semua maklumat rasmi mengenai syarikat pelancongan dan pemandu pelancong berlesen hanya boleh diakses melalui laman sesawang rasmi MOTAC di https://www.motac.gov.my/. Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa menyemak ketulenan laman sesawang sebelum melakukan sebarang urusan bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.
MOTAC juga sedang mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani isu ini, termasuk bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk menyekat dan menutuplaman sesawang palsu tersebut.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai laman sesawang mencurigakan atau menjadi mangsa penipuan berkaitan perkara ini boleh melaporkan
kepada MOTAC melalui saluran:
Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA): https://motac.spab.gov.my/
E-mel: [email protected]
Talian hotline: 03-8000 8000
MOTAC komited untuk melindungi kepentingan pelancong dan pemain industri
pelancongan yang berlesen. Oleh itu, kerjasama daripada orang ramai amat dihargai
bagi memastikan sektor pelancongan negara terus berkembang dengan selamat dan
berintegriti.
–GERBANGPOST