BRITAIN, OMAN SETUJU KEPERLUAN BUKA SEMULA SELAT HORMUZ

HomeFeaturedBerita Semasa

BRITAIN, OMAN SETUJU KEPERLUAN BUKA SEMULA SELAT HORMUZ

LONDON,. Perdana Menteri Britain Andy Burnham dan Sultan Oman Sultan Haitham bersetuju mengenai keperluan untuk membuka Selat Hormuz, menurut kenyataa

Gaza masih berdepan ketidakpastian, penderitaan amat perit – Pegawai PBB
PM UK, Andy Burnham bimbang andai pemilik Manchester City jual kelab
RANG UNDANG-UNDANG GANTI AUKU DIJANGKA DIBENTANG DI PARLIMEN DISEMBER INI – ZAMBRY

LONDON,. Perdana Menteri Britain Andy Burnham dan Sultan Oman Sultan Haitham bersetuju mengenai keperluan untuk membuka Selat Hormuz, menurut kenyataan yang dikeluarkan kerajaan British pada Rabu, lapor Xinhua.

Membuka semula Selat Hormuz akan mengurangkan tekanan ke atas rantaian bekalan global dan mengurangkan kesan kepada rakyat, kata Burnham dalam pertemuan dengan Sultan Oman di Downing Street.

Mengenai situasi di Asia Barat, Burnham menggariskan peranan utama yang dimainkan Oman dalam kestabilan serantau dan mengucapkan terima kasih atas usaha negara itu untuk membuka semula Selat Hormuz, menurut kenyataan tersebut.

Pada 28 Feb, Israel dan Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan bersama ke atas Tehran dan bandar-bandar Iran yang lain.

Iran bertindak balas dengan gelombang serangan peluru berpandu dan dron yang menyasarkan pangkalan dan aset Israel dan AS di rantau itu serta mengetatkan penguasaan di Selat Hormuz.

Sebelum perang, kira-kira 20.3 juta tong petroleum dan minyak mentah melalui selat itu setiap hari, menyumbang kira-kira 25 peratus perdagangan minyak maritim dunia.

— BERNAMA-XINHUA