Bulan Kaunseling Kebangsaan disambut sepanjang Oktober

Bulan Kaunseling Kebangsaan disambut sepanjang Oktober

PUTRAJAYA,. Bulan Kaunseling Kebangsaan (BKK) 2020 akan disambut sepanjang Oktober bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai perkhidmatan kaunseling profesional sebagai antara sistem sokongan penting dalam mewujudkan masyarakat sejahtera.

Menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), sambutan bertemakan ‘Kaunseling Ke Arah Kesejahteraan Masyarakat’ itu juga bertujuan meningkatkan kebolehcapaian terhadap perkhidmatan kaunseling profesional dan mempromosikan perkhidmatan itu kepada masyarakat.

“Kementerian amat komited dalam usaha berterusan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap keperluan perkhidmatan kaunseling profesional,” jelas KPWKM dalam satu kenyataan semalam.

Sempena sambutan itu, pelbagai program akan dilaksanakan oleh kementerian, jabatan dan agensi serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengendalikan perkhidmatan kaunseling untuk semua peringkat masyarakat, katanya.

Kaunselor berdaftar juga diharapkan terus melengkapkan diri dengan kepelbagaian ilmu pengetahuan dan kemahiran agar dapat memberikan perkhidmatan kaunseling yang terbaik kepada masyarakat Malaysia, katanya.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )