Bursa dibuka rendah aktiviti pengambilan untung Pada awal dagangan hari ini

HomeFeaturedBusiness

Bursa dibuka rendah aktiviti pengambilan untung Pada awal dagangan hari ini

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa apabila aktiviti pengambilan untung awal muncul susulan harga minyak mentah yang lebih lemah,

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Harga MSM dijangka terus meningkat susulan mandat biodiesel, harga minyak tinggi – CIMB Securities
KADAR JANGKA PENDEK DIUNJUR KEKAL STABIL SUSULAN OPERASI BNM

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa apabila aktiviti pengambilan untung awal muncul susulan harga minyak mentah yang lebih lemah, selepas terdapat petunjuk kemungkinan pengurangan ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.

Pada jam 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI susut 2.43 mata atau 0.14 peratus kepada 1,706.07 berbanding penutupan Isnin pada 1,708.50.

Indeks penanda aras itu dibuka 1.73 mata lebih rendah pada 1,706.77.

Di pasaran keseluruhan, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 253 berbanding 158, manakala 305 kaunter tidak berubah, 1,971 tidak diniagakan dan 67 digantung. Jumlah dagangan sebanyak 187.76 juta saham bernilai RM130.35 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata niaga hadapan saham AS secara keseluruhannya lebih tinggi selepas Presiden AS, Donald Trump menyatakan bahawa perjanjian AS-Iran semakin hampir dicapai.

“Susulan itu, harga minyak mentah menurun dengan minyak mentah Brent kini bergerak sekitar AS$96 setong.

“Bagi pasaran tempatan, peniaga kebanyakannya mengambil pendekatan tunggu dan lihat seperti ditunjukkan oleh jumlah dagangan yang sederhana, hanya sedikit melepasi paras tiga bilion saham. Oleh itu, hari ini kami menjangkakan FBM KLCI bergerak dalam julat 1,700 hingga 1,715,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik dua sen kepada RM11.08 dan Public Bank kekal pada RM4.76, manakala Tenaga Nasional susut empat sen kepada RM14.42, CIMB turun dua sen kepada RM7.71 dan IHH Healthcare merosot sembilan sen kepada RM8.87.

Bagi saham aktif, Zetrix AI meningkat dua sen kepada 82.5 sen, IFCA MSC menambah satu sen kepada 27.5 sen dan Skychip naik lima sen kepada RM2.97, manakala Genetec Technology susut 1.5 sen kepada 28.5 sen dan Top Glove turun dua sen kepada 77.5 sen.

Antara kaunter paling untung, Greatech Technology meningkat 13 sen kepada RM2.87, Scicom naik 12 sen kepada RM1.76, Westports menambah 10 sen kepada RM6.17, ITMax System meningkat sembilan sen kepada RM4.85 dan MI Technovation naik lapan sen kepada RM4.61.

Bagi kaunter paling rugi, Nestle merosot RM1.40 kepada RM94.40, Malaysian Pacific Industries turun 18 sen kepada RM47.82, Panasonic Manufacturing susut 17 sen kepada RM7.08, Kelington jatuh 14 sen kepada RM7.19 dan United U-LI berkurangan 11 sen kepada RM1.40.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 18.35 mata kepada 12,661.99, Indeks FBM Top 100 turun 16.03 mata kepada 12,502.51, Indeks FBM Emas Syariah merosot 23.83 mata kepada 12,584.01, Indeks FBM Mid 70 susut 15.69 mata kepada 18,251.20 dan Indeks FBM ACE berkurangan 1.54 mata kepada 4,720.18.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.22 mata kepada 197.94, manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 3.72 mata kepada 20,007.83, Indeks Tenaga turun 2.29 mata kepada 783.63 dan Indeks Perladangan merosot 6.82 mata kepada 8,519.45.

SUMBER;

–BERNAMA