Bursa dibuka rendah pada awal dagangan

HomeFeaturedBusiness

Bursa dibuka rendah pada awal dagangan

KUALA LUMPUR,. FTSE Bursa Malaysia KLCI dibuka rendah pada Isnin apabila sentimen pelabur kekal berhati-hati selain minat belian yang masih suram wala

Bursa dibuka rendah pada pagi ini
Bursa dibuka rendah pada awal dagangan pagi ini
Bursa dibuka tinggi pada awal dagangan

KUALA LUMPUR,. FTSE Bursa Malaysia KLCI dibuka rendah pada Isnin apabila sentimen pelabur kekal berhati-hati selain minat belian yang masih suram walaupun prestasi semalaman Wall Street meningkat.

Pada jam 9.16 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.60 mata atau 0.09 peratus kepada 1,711.07 daripada 1,712.67 pada penutupan Jumaat lalu.

Indeks utama itu dibuka rendah 1.24 mata kepada 1,711.43.

Di pasaran secara keseluruhan, kaunter rugi mengatasi kaunter untung iaitu 276 berbanding 213, manakala 375 kaunter tidak berubah, 1,834 tidak diniagakan dan 59 kaunter digantung dagangan.

Jumlah dagangan dicatatkan sebanyak 368.76 juta saham bernilai RM192.18 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata Wall Street ditutup kukuh pada sesi sebelumnya selepas disokong hasil bon yang semakin stabil.

Beliau berkata, hasil bon 10 tahun Amerika Syarikat (AS) kekal stabil pada paras 4.558 peratus.

“Di peringkat domestik pada penutupan sesi dagangan sebelum ini, FBM KLCI meningkat melepasi paras 1,710, disokong aktiviti pembelian saham berharga rendah secara terpilih selepas beberapa hari menyaksikan pembetulan teknikal.

“Walaupun beberapa laporan prestasi kewangan membabitkan pendapatan korporat yang agak baik, sentimen keseluruhan masih berhati-hati. Kami menjangkakan indeks akan bergerak dalam julat 1,700 hingga 1,720 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Malayan Banking Bhd naik dua sen kepada RM11.02, Public Bank Bhd menambah satu sen kepada RM4.78, manakala Tenaga Nasional Bhd dan IHH Healthcare Bhd masing-masing tidak berubah pada RM14.42 dan RM8.96.

Sementara itu, CIMB Group Holdings Bhd susut satu sen kepada RM7.74.

Bagi saham aktif, Hong Seng Consolidated Bhd dan Velesto Energy Bhd masing-masing turun setengah sen kepada 31 sen, EI Power Technologies Bhd naik satu sen kepada 63.5 sen, SFP Tech Holdings Bhd meningkat dua sen kepada 23.5 sen dan AirAsia X Bhd menokok lima sen kepada RM1.17.

Kaunter paling untung diterajui Petronas Dagangan Bhd yang meningkat 38 sen kepada RM18.22, diikuti LPI Capital Bhd yang naik 20 sen kepada RM15.46, Mi Technovation Bhd menambah 15 sen kepada RM4.35, Petronas Gas Bhd meningkat 14 sen kepada RM17.14 dan Malayan Cement Bhd naik 11 sen kepada RM6.97.

Sebaliknya, kaunter paling rugi menyaksikan Malaysian Pacific Industries Bhd susut 30 sen kepada RM48.20, Ajinomoto Malaysia Bhd rugi 28 sen kepada RM12.80, Petronas Chemicals Group Bhd turun 22 sen kepada RM5.48, V.S. Industry Bhd merosot 11 sen kepada RM6.81, manakala KLCC Property Holdings Bhd dan REIT berkaitan turun sembilan sen kepada RM9.01.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 13.22 mata kepada 12,693.01, FBM Top 100 susut 16.21 mata kepada 12,530.55, FBM Emas Shariah merosot 25.48 mata kepada 12,618.69 dan FBM Mid 70 berkurangan 43.01 mata kepada 18,255.29.

Bagaimanapun, FBM ACE meningkat 6.36 mata kepada 4,732.33.

Dari segi sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 22.78 mata kepada 20,019.88, manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 1.35 mata kepada 199.28, Indeks Tenaga turun 3.70 mata kepada 788.85 dan Indeks Perladangan berkurangan 11.49 mata kepada 8,572.78.

SUMBER;

–Bernama