Bursa dibuka tinggi pada pagi ini

HomeFeaturedBusiness

Bursa dibuka tinggi pada pagi ini

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, menjejaki kenaikan di kebanyakan pasaran serantau dalam persekitaran minat belian baharu terh

Bursa dibuka tinggi pada awal dagangan
Bursa dibuka tinggi pada pagi ini
Bursa dibuka tinggi pada awal dagangan

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, menjejaki kenaikan di kebanyakan pasaran serantau dalam persekitaran minat belian baharu terhadap saham wajaran tinggi terpilih.

Pada jam 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.28 mata kepada 1,750.59 daripada 1,746.31 ketika ditutup pada Rabu.

Indeks penanda aras itu dibuka naik 2.79 mata kepada 1,749.10.

Pasaran keseluruhan menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 216 berbanding 133, manakala 310 kaunter tidak berubah, 2,088 tidak diniagakan dan 27 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan mencecah 150.10 juta saham bernilai RM72.86 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, sentimen pelabur kekal tertumpu kepada lawatan negara Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, ke China walaupun prestasi Wall Street bercampur-campur semalaman.

Firma pembrokeran itu menjangkakan FBM KLCI mengambil pendekatan tunggu dan lihat sementara menanti perincian lebih jelas hasil lawatan berkenaan.

“Walaupun sektor teknologi kekal berdaya tahan, disokong oleh pengaruh syarikat gergasi teknologi AS yang melawat China serta kerjasama strategik terbaharu melibatkan ARM Holdings, kami menasihatkan peniaga supaya menunggu harga saham turun sedikit atau mempertimbangkan penjualan sebahagian pegangan untuk mengambil keuntungan.

“Langkah ini memandangkan kebanyakan saham teknologi yang disenaraikan di bursa ketika ini berada dalam keadaan terlebih beli,” katanya dalam nota penyelidikan.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik enam sen kepada RM11.24, Public Bank menambah dua sen kepada RM4.90 dan CIMB meningkat tiga sen kepada RM7.95.

Tenaga Nasional kekal pada RM14.72 manakala IHH Healthcare susut empat sen kepada RM8.95.

Bagi saham paling aktif, NationGate meningkat tujuh sen kepada 86 sen, manakala GIBB Holdings dan Dnonce Technology masing-masing naik setengah sen kepada 27.5 sen dan 4.5 sen.

Euro Holdings dan Zetrix AI tidak berubah pada 8.5 sen dan 83.5 sen, manakala Pharmaniaga susut setengah sen kepada 24.5 sen.

Kaunter paling untung termasuk Malaysian Pacific Industries yang melonjak 58 sen kepada RM44.38, manakala UMS Integration dan PTT Synergy masing-masing naik 11 sen kepada RM8.91 dan RM1.78.

Unisem menokok sembilan sen kepada RM3.99, manakala SD Guthrie dan VSTECS masing-masing meningkat lapan sen kepada RM6.08 dan RM5.55.

Antara kaunter paling rugi, Petronas Dagangan merosot 34 sen kepada RM20.76, manakala Gamuda dan Sunway Construction masing-masing turun lima sen kepada RM4.60 dan RM7.15. Petronas Chemicals pula susut empat sen kepada RM5.44.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 28.96 mata kepada 12,965.20, Indeks FBM Top 100 naik 28.85 mata kepada 12,803.06, Indeks FBM Emas Shariah menambah 17.92 mata kepada 12,885.97 dan Indeks FBM Mid 70 meningkat 31.36 mata kepada 18,580.17.

Bagaimanapun, Indeks FBM ACE susut 4.96 mata kepada 4,747.23.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 66.23 mata kepada 20,368.29, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.69 mata kepada 1,200.42, Indeks Tenaga naik 1.02 mata kepada 806.96 dan Indeks Perladangan meningkat 21.92 mata kepada 8,741.17.

–BERNAMA