KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia meneruskan momentum kenaikan apabila dibuka lebih tinggi pada Selasa, disokong minat belian berterusan terhadap saham wa
KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia meneruskan momentum kenaikan apabila dibuka lebih tinggi pada Selasa, disokong minat belian berterusan terhadap saham wajaran tinggi terpilih, khususnya dalam sektor penjagaan kesihatan dan hartanah, meskipun Wall Street ditutup rendah semalaman.
Pada jam 9.10 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.41 mata kepada 1,700.85 daripada 1,698.44 ketika ditutup pada Isnin, selepas dibuka naik 1.25 mata kepada 1,699.69.
Sentimen pasaran bagaimanapun negatif apabila kaunter rugi mengatasi kaunter untung, iaitu 209 berbanding 140, manakala 266 kaunter tidak berubah, 2,702 kaunter tidak diniagakan dan 22 kaunter digantung.
Jumlah dagangan mencecah 211.28 juta saham dengan nilai RM86.17 juta.
Ketua Penyelidikan Rakuten Trade Sdn Bhd, Kenny Yee Shen Pin, berkata Wall Street ditutup rendah susulan ketegangan yang semakin memuncak antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran selepas Presiden AS, Donald Trump, mengumumkan sekatan ke atas Selat Hormuz.
Beliau berkata, perkembangan itu menyebabkan harga minyak mentah meningkat, dengan minyak mentah Brent naik kepada AS$83 setong.
Menurutnya, FBM KLCI meneruskan aliran meningkat selepas hampir mencecah paras 1,700 semalam, didorong aktiviti pembelian pada harga rendah terutama membabitkan saham sektor perladangan.
“Kami juga mendapati aliran masuk dana asing ke pasaran tempatan mula kembali secara beransur-ansur sejak kebelakangan ini. Oleh itu, kami menjangka indeks bergerak dalam julat 1,690 hingga 1,705 hari ini,” katanya dalam nota penyelidikan.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan CIMB masing-masing susut dua sen kepada RM10.92 dan RM7.67, Public Bank meningkat satu sen kepada RM4.93, manakala Sunway Healthcare menokok dua sen kepada RM1.97.
Bagi saham paling aktif, Tanco naik 1.5 sen kepada 25.5 sen, Velesto susut 2.5 sen kepada 26 sen, Vinvest Capital merosot 1.5 sen kepada 1.5 sen, manakala Epicon dan Kinergy masing-masing kekal pada 16.5 sen dan 38.5 sen.
Dalam kalangan kaunter paling untung, Fraser & Neave meningkat 44 sen kepada RM29.38, Petronas Chemicals naik 24 sen kepada RM4.59, United Plantations menambah 18 sen kepada RM35.20, manakala Concrete Engineering melonjak 17 sen kepada RM3.74.
Malaysian Pacific Industries mendahului senarai kaunter paling rugi apabila susut 52 sen kepada RM43.78. UWC, Pentamaster dan Unisem masing-masing merosot sembilan sen kepada RM4.51, RM4.43 dan RM4.43, manakala Infomina turun tujuh sen kepada RM1.37.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 10.52 mata kepada 12,556.48, Indeks FBMT 100 menokok 12.44 mata kepada 12,399.24, manakala Indeks FBM Emas Syariah naik 18.95 mata kepada 12,416.34.
Indeks FBM Mid 70 susut 17.63 mata kepada 17,808.72, manakala Indeks FBM ACE turun 37.34 mata kepada 4,827.67.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 1.25 mata kepada 20,018.82, Indeks Perladangan meningkat 24.87 mata kepada 9,412.39, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 1.57 mata kepada 185.09, manakala Indeks Tenaga susut 2.03 mata kepada 771.26.
SUMBER;
–Bernama

