Bursa dibuka tinggi pada pagi ini

HomeFeaturedBusiness

Bursa dibuka tinggi pada pagi ini

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, disokong jangkaan bahawa pelabur asing akan beralih daripada saham teknologi kepada sektor tra

Bursa dibuka rendah pada awal dagangan hari ini
Bursa dibuka tinggi pada pagi ini
Bursa dibuka tinggi pada awalnya kembali menyusut

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, disokong jangkaan bahawa pelabur asing akan beralih daripada saham teknologi kepada sektor tradisional seperti perbankan, pengguna dan perladangan.

Pada jam 9.05 pagi, petunjuk pasaran utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.14 mata kepada 1,732.59 berbanding 1,731.45 ketika ditutup pada Jumaat lalu.

Indeks penanda aras itu dibuka 1.20 mata lebih tinggi kepada 1,732.65.

Dalam pasaran secara keseluruhan, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 157 berbanding 134, manakala 305 kaunter tidak berubah, 2,139 kaunter tidak diniagakan dan 12 lagi digantung.

Jumlah dagangan mencatatkan 216.22 juta saham bernilai RM58 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata Bursa Malaysia bergerak berbeza berbanding trend pasaran serantau selepas Wall Street ditutup rendah susulan tekanan jualan berterusan terhadap saham berkaitan semikonduktor dan kecerdasan buatan (AI).

Menurutnya, kenaikan mendadak harga minyak mentah susulan peningkatan ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran turut mempengaruhi sentimen pelabur global.

“Jualan dalam saham berkaitan teknologi meluas di rantau Asia, dengan pasaran Korea Selatan dan Taiwan masing-masing menurun lebih daripada enam peratus.

“Namun, FBM KLCI tidak sejajar dengan trend serantau apabila ditutup tinggi dan melepasi paras 1,730,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, indeks dijangka diniagakan dalam julat 1,725 hingga 1,740 hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Malayan Banking Bhd (Maybank) susut empat sen kepada RM11.16, Public Bank Bhd turun tiga sen kepada RM5.22, manakala CIMB Group Holdings Bhd dan IHH Healthcare Bhd masing-masing tidak berubah pada RM7.82 dan RM8.50.

Tenaga Nasional Bhd pula meningkat lapan sen kepada RM14.38.

Bagi saham aktif, VS Industry Bhd berkurangan setengah sen kepada 22.5 sen, manakala Pegasus Heights Bhd, Ingenieur Gudang Bhd, PUC Bhd, Tanco Holdings Bhd dan Aimax Bhd masing-masing tidak berubah pada setengah sen, empat sen, empat sen, 33.5 sen dan satu sen.

Antara kaunter paling untung, Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd meningkat 29 sen kepada RM5.59, Malaysian Pacific Industries Bhd menambah 28 sen kepada RM43.48, Petronas Gas Bhd dan Petronas Chemicals Group Bhd masing-masing naik 18 sen kepada RM17.62 dan RM4.91, manakala Sarawak Oil Palms Bhd meningkat 16 sen kepada RM5.19.

Saham paling rugi diterajui APM Automotive Holdings Bhd yang susut tujuh sen kepada RM2.93. MN Holdings Bhd dan Hong Leong Bank Bhd masing-masing berkurangan empat sen kepada RM2.80 dan RM22.40, manakala RHB Bank Bhd serta Cyberjaya Education Group Bhd masing-masing turun tiga sen kepada RM8.50 dan RM1.47.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 18.40 mata kepada 12,737.49, Indeks FBMT 100 naik 16.09 mata kepada 12,573.65, manakala Indeks FBM Emas Syariah menambah 43.59 mata kepada 12,526.06.

Indeks FBM Mid 70 meningkat 56.10 mata kepada 17,831.03, manakala Indeks FBM ACE susut 5.10 mata kepada 4,874.05.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 48.37 mata kepada 20,486.98, manakala Indeks Tenaga meningkat 9.46 mata kepada 775.74. Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.89 mata kepada 187.62, manakala Indeks Perladangan menokok 14.10 mata kepada 9,497.87.