Bursa dibuka tinggi pada pagi ini

HomeFeaturedBusiness

Bursa dibuka tinggi pada pagi ini

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, seiring dengan kenaikan semalaman di Wall Street.Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI

Bursa dibuka tinggi pada awal dagangan hari ini
Bursa dibuka tinggi menyusut kembali selepas aktiviti pengambilan untung
Bursa dibuka rendah pada pagi ini

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, seiring dengan kenaikan semalaman di Wall Street.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 10.52 mata atau 0.63 peratus kepada 1,691.04 daripada 1,680.52 pada Isnin.

Indeks penanda aras itu dibuka 10.44 mata lebih tinggi kepada 1,690.96.

Pasaran secara keseluruhan positif dengan 278 kaunter untung mengatasi 124 kaunter rugi, manakala 248 kaunter tidak berubah, 2,066 tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 262.22 juta saham bernilai RM123.66 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata Wall Street ditutup kebanyakannya tinggi semalaman apabila peniaga berharap perjanjian dapat dicapai selepas Amerika Syarikat memulakan sekatan ke atas Selat Hormuz.

“Di Hong Kong, Indeks Hang Seng merosot berikutan peniaga mengurangkan pegangan susulan lonjakan harga minyak mentah selepas keputusan Presiden AS Donald Trump mengenakan sekatan ke atas Selat Hormuz berikutan kegagalan rundingan gencatan senjata dengan Iran.

“Walaupun saham domestik sesuai untuk dibeli ketika ini, kami percaya pelabur masih berhati-hati untuk memasuki pasaran.

“Oleh itu, FBM KLCI dijangka berada dalam julat 1,675 hingga 1,690 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Tenaga Nasional masing-masing meningkat 10 sen kepada RM11.08 dan RM14.28, Public Bank naik lima sen kepada RM4.65, CIMB menambah lapan sen kepada RM7.47 dan IHH Healthcare meningkat tiga sen kepada RM8.74.

Bagi saham paling aktif, Velesto Energy dan Bumi Armada masing-masing susut satu sen kepada 33.5 sen dan 39 sen, MMAG dan Handal Energy tidak berubah masing-masing pada empat sen dan 3.5 sen, manakala Smtrack merosot setengah sen kepada setengah sen.

Dalam kalangan kaunter untung utama, Malaysian Pacific Industries meningkat 54 sen kepada RM30.44, Fraser and Neave naik 50 sen kepada RM29.68, Nestle menambah 38 sen kepada RM99.38, United Plantations meningkat 20 sen kepada RM33.20 dan Hong Leong Bank naik 18 sen kepada RM21.88.

Bagi kaunter rugi utama, Dutch Lady Milk susut 20 sen kepada RM31.80, Hextar Technologies dan Petronas Chemicals masing-masing berkurangan enam sen kepada RM1.12 dan RM5.96, MISC turun lima sen kepada RM8.39 dan PPB menyusut empat sen kepada RM11.92.

Di papan indeks, Indeks FBM Top 100 meningkat 72.41 mata kepada 12,251.48, Indeks FBM Emas naik 70.86 mata kepada 12,404.13, Indeks FBM Mid 70 menambah 85.70 mata kepada 17,282.55, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 48.50 mata kepada 12,315.56 dan Indeks FBM ACE naik 28.78 mata kepada 4,439.69.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 181.67 mata kepada 19,680.56, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.05 mata kepada 187.23, Indeks Perladangan naik 4.74 mata kepada 8,973.63 manakala Indeks Tenaga merosot 3.84 mata kepada 827.86.