Bursa dibuka tinggi pada pagi ini

Bursa dibuka tinggi pada pagi ini

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia meningkat semasa awal dagangan pada Selasa, didorong oleh minat belian sederhana selepas ditutup rendah semalam, sejajar dengan sentimen pasaran serantau yang lemah, kata peniaga.

Pada 9.16 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.47 mata atau 0.03 peratus kepada 1,543.0 daripada 1,542.53 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks penanda aras itu dibuka 5.31 mata lebih tinggi kepada 1,547.84.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 194 berbanding 183, manakala 270 kaunter tidak berubah, 1,652 kaunter tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 380.12 juta unit bernilai RM144.54 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, pelabur berkemungkinan berurus niaga secara berhati-hati pada awal sesi dagangan, sebelum data kadar inflasi Malaysia dikeluarkan pada Rabu.

“Bagaimanapun, kami yakin aktiviti pembelian semasa harga rendah boleh bermula memandangkan kebimbangan mengenai inflasi mungkin telah dijangkakan dan pelabur mungkin memberi tumpuan kepada sektor bertemakan pemulihan.

“Selain itu, kami percaya minat belian mungkin muncul dalam saham teknologi sejajar dengan peningkatan semula yang dialami Wall Street,” katanya dalam nota penyelidikan.

Firma pembrokeran itu menambah, dari segi komoditi, harga minyak mentah bergerak sekitar AS$113 setong, manakala minyak sawit mentah (MSM) diniagakan sekitar RM6,200 satu tan.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank dan Petronas Chemicals masing-masing tidak berubah pada RM8.98 dan RM9.99, Public Bank menokok 1.0 sen kepada RM4.55, IHH Healthcare susut 2.0 sen kepada RM6.53 dan TNB turun 1.0 sen kepada RM9.19 .

Bagi saham aktif, Green Packet, Cnergenz, M N C Wireless dan Sapura Energy masing-masing meningkat setengah sen kepada 10 sen, 58.5 sen, 2.0 sen dan 9.0 sen.

Di papan indeks, FBM ACE menokok 18.15 mata kepada 5,294.23; Indeks FBM Emas Shariah meningkat 3.73 mata kepada 11,468.30; Indeks FBM Emas menambah 5.17 mata kepada 11,047.75; Indeks FBMT 100 naik 5.34 mata kepada 10,710.30 dan FBM 70 melonjak 15.15 mata kepada 13,218.89.

Mengikut sektor, Indeks Barangan dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.12 mata kepada 199.70, Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 4.34 mata kepada 16,559.29 dan Indeks Perladangan menambah 22.34 mata kepada 8,063.45.

– Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)