Cadangan GIACC akan dibentang pada mesyuarat JKKMAR dan kabinet

Cadangan GIACC akan dibentang pada mesyuarat JKKMAR dan kabinet

KUALA LUMPUR,. Tiga cadangan Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) kepada kerajaan berkenaan pembaharuan governans, integriti dan antirasuah akan dibentangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR) akan datang, seterusnya pada mesyuarat Jemaah Menteri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata beliau membuat persetujuan itu selepas GIACC membentangkan cadangan itu dalam pertemuannya dengan Ketua Pengarah GIACC Datuk Seri Mohd Sallehhuddin Hassan di Putrajaya baru-baru ini.

“Cadangan yang dibentangkan GIACC melibatkan hala tuju dasar berhubung penggubalan Rang Undang-undang Sumbangan Politik, status terkini pelaksanaan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 dan cadangan pembangunan Pelan Tadbir Urus Baik Nasional (MyGovernance),” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut Wan Junaidi antara perkara lain yang turut dibincangkan dalam pertemuan itu adalah status terkini Rang Undang-undang Ombudsman yang dicadangkan untuk dibentangkan kepada kerajaan pada tahun ini.

Katanya beliau turut memberikan saranan kepada GIACC supaya penelitian diberikan kepada aspek dasar penubuhan ombudsman tersebut bagi memastikan keberkesanan undang-undang berkaitan ombudsman kelak.

Wan Junaidi berkata beliau juga menyarankan supaya hebahan berhubung usaha membanteras rasuah terus dipertingkat oleh semua agensi kerajaan bagi membentuk persepsi positif terhadap keseriusan kerajaan dalam membendung rasuah.

Katanya langkah itu sekali gus berupaya meningkatkan prestasi negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) bagi tahun akan datang.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)