CENTCOM AS DAKWA LALUAN PERKAPALAN DIBUKA DI SELAT HORMUZ

HomeFeaturedBerita Semasa

CENTCOM AS DAKWA LALUAN PERKAPALAN DIBUKA DI SELAT HORMUZ

ISTANBUL,. Komando Pusat (CENTCOM) tentera Amerika Syarikat (AS) pada Khamis menyatakan laluan perkapalan antarabangsa di Selat Hormuz kini dibuka se

Kematian pempengaruh Taiwan: Jaminan polis terhadap Namewee disambung hingga 10 Dis
Korea Selatan akan berunding dengan AS bagi kekalkan tarif 15 peratus
Amaran ribut petir, hujan lebat di sembilan negeri dan KL hingga 6 petang ini

ISTANBUL,. Komando Pusat (CENTCOM) tentera Amerika Syarikat (AS) pada Khamis menyatakan laluan perkapalan antarabangsa di Selat Hormuz kini dibuka selepas pihaknya membersihkan periuk api laut daripada jalan air tersebut, lapor Anadolu Ajansi.

“Kami telah berjaya membersihkan periuk api laut di laluan perkapalan antarabangsa selat itu yang dipasang beberapa bulan lepas oleh Kor Pengawal Revolusi Islam Iran,” kata Komander Laksamana Brad Cooper dalam satu video di X.

“Laluan transit yang diiktiraf di peringkat antarabangsa di selat itu kini bebas daripada periuk api laut Iran.”

Cooper berkata pasukan AS menggunakan penyelam Tentera Laut, Navy SEAL serta pesawat daripada tentera darat, laut, udara dan Kor Marin untuk membersihkan laluan tersebut.

“Apa yang penting, hari ini, laluan perkapalan antarabangsa dibuka dan momentum semakin meningkat,” katanya.

Beliau berkata pasukan AS telah membantu hampir 1,500 kapal komersial melintasi selat itu sejak beberapa bulan lepas, membawa hampir 750 juta tong minyak mentah ke pasaran global.

Cooper juga berkata sejak AS menyambung semula sekatan lautnya pada Julai, tiada kapal yang memasuki atau meninggalkan pelabuhan Iran tanpa kebenaran AS kecuali kapal yang dibenarkan melintas atas dasar kemanusiaan.

Beliau berkata pihak AS mengarahkan kira-kira 75 kapal yang cuba melanggar sekatan itu untuk berpatah balik dan melumpuhkan tiga kapal yang tidak mematuhi arahan.

Selat Hormuz merupakan laluan perkapalan antarabangsa utama yang menghubungkan Teluk Parsi dengan Teluk Oman dan Laut Arab.

— BERNAMA-ANADOLU