COO Prolintas Didakwa Lagi Atas Dua Tuduhan Rasuah

COO Prolintas Didakwa Lagi Atas Dua Tuduhan Rasuah

28 Januari 2025, / SHAH ALAM: Ketua Pegawai Operasi (COO) Prolintas, Rostam Shahrif Tami, sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas dua tuduhan rasuah berjumlah RM110,000 berkaitan Projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE).

Rostam, 59, mengaku tidak bersalah setelah kedua-dua tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nasir Nordin.

Menurut pertuduhan, pada 20 Februari 2023, Rostam didakwa menerima RM90,000 daripada sebuah syarikat pembinaan melalui seorang individu di sebuah restoran di Puchong. Sementara itu, pada 27 Mac 2023, beliau didakwa menerima lagi RM20,000 daripada individu yang sama di Ibu Pejabat Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di Kajang.

Rostam, yang telah bercuti dari jawatannya di Prolintas sejak Julai 2024, diwakili peguam Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan dibenarkan diikat jamin sebanyak RM60,000.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Irna Julieza Maaraz, dengan sebutan kes berikutnya dijadualkan pada 27 Februari 2025.

Selain itu, pada Isnin lalu, Rostam turut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan menerima suapan RM70,000 daripada syarikat pembinaan yang sama bagi projek SUKE pada tahun 2023.

gerbangpost.com.

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )