COVID-19: 5,551 kes baharu dalam tempoh 24 jam, 47 kematian

KUALA LUMPUR : Sejumlah 5,551 kes jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan hari ini sekali gus menjadikan jumlah kumulatif sejak pandemik bermula, sebanyak 2,649,578 kes.

Menurut data COVIDNOW, setakat tengah malam semalam, 47 lagi kematian baharu direkodkan termasuk 12 kes kematian yang dibawa ke hospital (BID). Jumlah itu juga menjadikan angka kumulatif bagi kes kematian sebanyak 30,521.

Berdasarkan kes yang dilaporkan hari ini, kebanyakan kes masih terdiri daripada pesakit kategori 1 dan 2. Manakala selebihnya merupakan pesakit kategori 3,4, dan 5 sebanyak 1.4 peratus atau bersamaan dengan 78 kes.

Unit Rawatan Rapi (ICU) ketika ini sedang merawat seramai 499 pesakit dan daripada jumlah itu juga, 269 kes memerlukan bantuan pernafasan. Mengenai kes sembuh, sejumlah 5,301 kes direkodkan hari ini dengan jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 2,556,554.

-Agensi

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )