
COVID-19: Kes baharu meningkat 17,134 kes hari ini
KUALA LUMPUR: Kes harian COVID-19 negara meningkat kepada 17,134 kes pada Rabu. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ia menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 2,956,332 kes.
Jelasnya daripada 17,134 kes harian yang dicatatkan, sebanyak 17,048 kes bersamaan 99.5 peratus merupakan pesakit kategori 1 dan 2.
Manakala 86 kes bersamaan 0.5 peratus merupakan pesakit kategori 3,4 dan 5. Menerusi ciapan di laman Twitternya, jelas Dr Noor Hisham maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman COVIDNOW dalam masa terdekat.
-CovidNow
CATEGORIES FEATURES