
COVID-19: Malaysia catat 6,075 kes baharu, jumlah tertinggi
KUALA LUMPUR: Malaysia hari ini merekodkan kes harian tertinggi COVID-19 dengan 6,075 kes, sejak pandemik itu dikesan di negara ini pada Januari tahun lepas.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Twitter memaklumkan, Selangor kekal negeri dengan kes harian tertinggi sebanyak 2,251 kes, diikuti Johor (699), Kuala Lumpur (660), Kedah (445), Kelantan (441) dan Sarawak (323).
Selain itu, Perak (220), Terengganu (203), Negeri Sembilan (189), Pulau Pinang (183), Sabah (160), Pahang (150), Melaka (122), Labuan (14), Putrajaya (sembilan) serta Perlis (enam).
Berdasarkan rekod, kes harian tertinggi negara sebelum ini dicatat pada 30 Jan lepas dengan 5,728 kes.
– BERNAMA
CATEGORIES FEATURES