COVID-19 : Singapura catat 218 kes baharu, hanya satu melibatkan dalam komuniti

COVID-19 : Singapura catat 218 kes baharu, hanya satu melibatkan dalam komuniti

Oleh Massita Ahmad

SINGAPURA, 20 Jun — Singapura mengesahkan 218 kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam yang lepas, dengan hanya dua kes dalam komuniti membabitkan pemegang pas kerja.

Dengan jumlah jangkitan yang terbaharu itu menjadikan jumlah kes COVID-19 kini ialah 41,833 kes.

Dalam data ringkas tengah hari yang dikeluarkan di sini hari ini, Kementerian Kesihatan (MOH) memaklumkan bahawa tidak terdapat kes melibatkan rakyat Singapura atau penduduk tetap republik ini.

Majoriti kes masih melibatkan pemegang permit kerja yang ditempatkan di asrama pekerja asing, demikian menurut kementerian itu.

Data penuh yang disiarkan lewat Jumaat mengklasifikasi kes COVID-19 di Singapura melibatkan 1,811 sebagai kes komuniti, 581 kes import dan 39,223 pekerja asing di asrama.

Setakad tengah hari semalam, 33,459 atau kira-kira 83 peratus adalah jumlah pesakit yang pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang dari hospital atau fasiliti penjagaan komuniti.

Terdapat 212 kes yang disahkan di hospital pada Jumaat, dengan dua dalam keadaan kritikal di unit penjagaan rapi, menurut kementerian itu.

Ia menambah bahawa 7,918 kes mempunyai simptom sederhana atau secara klinikal sihat tetapi ujian masih menunjukkan positif COVID-19 telah diasingkan dan dirawat di fasiliti komuniti.

Setakad ini, 26 orang telah meninggal dunia akibat komplikasi COVID-19.

Terdapat dua kluster baharu yang dikenalpasti pada Jumaat iaitu melibatkan asrama di 10 Kaki Bukit Road; dan 6 Kian Teck Crescent.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )