COVID-19: Zon Merah turun kepada 12, Zon Hijau meningkat kepada 77 daerah

COVID-19: Zon Merah turun kepada 12, Zon Hijau meningkat kepada 77 daerah

KUALA LUMPUR, 28 April  — Jumlah daerah Zon Merah COVID-19 terus menunjukkan perkembangan positif apabila berkurangan kepada 12 daerah yang mencatatkan kes aktif kurang 40 kes, setakat 12 tengah hari semalam.

Berdasarkan infografik Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan CPRC Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikongsi melalui media sosial rasmi KKM hari ini turut memaklumkan bahawa Zon Hijau meningkat kepada 77 daerah, berbanding 68 daerah semalam.

Jumlah keseluruhan Zon Merah itu membabitkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan tiga daerah, Selangor, Sarawak dan Johor masing-masing dua daerah manakala Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang masing-masing satu daerah.

Di Kuala Lumpur, Zon Merah dengan jumlah kes aktif melebihi 40 ialah Kepong (88), Lembah Pantai (289) dan Titiwangsa (60); manakala di Selangor, Petaling (44) dan Hulu Langat (72).

Melaka Tengah di Melaka (49); Seremban di Negeri Sembilan (75); Johor Bahru (47) dan Kluang (84) di Johor; Kuantan di Pahang (44); sementara Kuching (164) dan Kota Samarahan (66) di Sarawak.

Zon Merah mewakili jumlah positif COVID-19 melebihi 41 kes, Zon Jingga (20-40 kes), Zon Kuning (1-19 kes) dan Zon Hijau tiada kes.

Negeri Selangor masih mencatat bilangan kes positif COVID-19 paling tinggi iaitu 1,398 kes.

Berikut adalah senarai penuh lokasi Zon Merah seluruh Malaysia:

Negeri/DaerahKesKes Aktif
Selangor
Petaling37444
Hulu Langat47372
Kuala Lumpur
Kepong19388
Lembah Pantai751289
Titiwangsa15560
Negeri Sembilan
Seremban33375
Melaka
Melaka Tengah9249
Pahang
Kuantan13044
Johor
Kluang22284
Johor Bharu16647
Sarawak
Kuching300164
Kota Samarahan8766
JUMLAH3,276 1,082

 

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )