COVID: Dua lagi kematian di Sarawak, jumlah keseluruhan 67

COVID: Dua lagi kematian di Sarawak, jumlah keseluruhan 67

KUCHING, 18 Feb — Dua lagi kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 dilaporkan di Sarawak, menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negeri itu kini meningkat kepada 67 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan 200 kes positif baharu dikesan di negeri itu, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 kini meningkat kepada 7,425 kes.

Menurut kenyataan itu kes kematian ke-66 melibatkan seorang wanita warga tempatan berumur 72 tahun yang dimasukkan ke Hospital Sibu kerana mengalami gejala demam, batuk serta memerlukan bantuan pernafasan, dan meninggal dunia semalam selepas disahkan positif pada 6 Feb lepas.

“Kes kematian ke-67 pula melibatkan seorang lelaki warga tempatan berumur 66 tahun yang dimasukkan ke Hospital Sibu kerana mengalami masalah kesukaran bernafas. Ujian saringan dibuat dan dikesan positif pada 8 Feb lepas, dan dia meninggal dunia pada 17 Feb. Kes ini adalah daripada Kluster Pasai,” menurut JPBN.

Kenyataan itu turut memaklumkan sehingga hari ini terdapat 22 kluster COVID-19 yang masih aktif di Sarawak.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )