
Cuti Perayaan Aidil Adha; Aliran trafik ke Pantai Timur Bergerak perlahan
GOMBAK,.Trafik dari ibu negara menuju ke arah Pantai Timur dilaporkan mula perlahan susulan pergerakan keluar warga kota menjelang perayaan Aidiladha.
Pegerakan Aliran trafik di Plaza Tol Gombak malam tadi bergerak perlahan berikutan orang ramai telah mula menuju pulang ke kampung halaman bersempena cuti AidilAdha,Pada Isnin ini.
Hari Raya Aidiladha yang akan disambut umat Islam pada 17 Jun 2024,kepada yang Pulang ke kampung halaman haruslah mengutamakan keselamatan dan sentiasa cukup rehat bagi perjalan yang jauh.
Trafik dari ibu negara menuju ke arah Pantai Timur memang setiap tahun akan menjadi sesak bila tibanya musim perayaan tidak kira AidilFitri,mahupun Aidil Adha,
Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dalam satu hantaran di Facebook berkata trafik mula perlahan di Gombak bermula Kilometer (km) 21.6 hingga Km 26.0, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), di sini setakat 7.08 malam.
Trafik turut perlahan dari KM 33.3 hingga KM 37.0 dari Gombak ke Genting Sempah, KM 39.3 hingga KM 40.8 dari Genting Sempah ke Bukit Tinggi dan dari KM 41.9 hingga KM 42.9 serta KM 47.0 hingga KM 50.7 Bukit Tinggi ke Lentang.
Pertambahan kenderaan dilaporkan di KM 53.1 menyebabkan kesesakan sejauh 1.7km sehingga KM 54.8 dari Lentang ke Bentong.
–GERBANGPOST