Dakwaan sindiket penipuan antarabangsa pindah operasi ke Malaysia belum disahkan – Polis

HomeFeaturedJenayah

Dakwaan sindiket penipuan antarabangsa pindah operasi ke Malaysia belum disahkan – Polis

KUALA LUMPUR,. Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih belum dapat mengesahkan dakwaan yang mengatakan sindiket penipuan dalam talian, yang sebelum ini ber

Tiada unsur komersial perjanjian tiga gajah Malaysia ke Jepun – Majlis Perbandaran Taiping
755 kandungan jelik, melampau berkaitan 3R diturunkan
Sultan Pahang berangkat ke istiadat persandingan Tengku Puteri Ilyana, pasangan

KUALA LUMPUR,. Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih belum dapat mengesahkan dakwaan yang mengatakan sindiket penipuan dalam talian, yang sebelum ini beroperasi di Myanmar, Laos dan Kemboja telah memindahkan pusat operasi mereka ke negara ini untuk mengelakkan kegiatan itu dikesan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Rusdi Mohd Isa berkata PDRM memandang serius dakwaan itu dan akan mendapatkan maklumat lanjut bagi membantu siasatan.

“Setakat ini, tidak dapat disahkan (dakwaan terbabit), namun kita akan dapatkan maklumat terbabit daripada Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung MHO Datuk Hishamuddin Hashim mendakwa ada sindiket antarabangsa menjadikan Malaysia sebagai pusat operasi terbaharu mereka bagi mengelak dikesan pihak berkuasa, susulan operasi dilakukan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Hishamuddin berkata pihaknya mengesan sekurang-kurangnya dua lokasi strategik di Malaysia yang dijadikan sebagai pusat operasi utama.

SUMBER;

–BERNAMA