
Dari Dunia Jazz Ke Realiti TV All Together Now Malaysia 2021
Kuala Lumpur – Nama Khairun Daud mungkin agak asing dan tidak dikenali barangkali bagi penggemar musik jazz tempatan tapi nama Kirana Kay memang sudah tidak asing lagi bagi penggemar muzik jazz terutama di ibukota.
Kirana Kay penyanyi genre jazz ini yang sering beraksi di No Black Tie, Jaotim, Alexis dan seringkali membuat persembahan pentas antarabangsa di World Youth Jazz Festival (WYJF) Kuala Lumpur serta Pekanbaru Bono Jazz Festival bukanlah nama asing bagi penggemar muzik jazz. Kirana yang lebih selesa dengan irama jazz kini menyahut cabaran baru dengan menyertai program realiti All Together Now Malaysia 2021 sebagai salah seorang peserta muka baru.
Menurut Kirana program realiti TV yang ditayangkan di saluran Astro Ria 104 ini benar-benar mencabar kemampuan beliau dalam bidang nyanyian kerana terpaksa menyampaikan lagu-lagu dalam genre yang berbeza yang merupakan program realiti tv pertama kali beliau sertai sejak lima tahun lalu selepas Bintang Klasik RTM yang disertai beliau.
“saya bersyukur dan gembira dengan peluang yang diberikan oleh Astro dan All Together Now kepada saya untuk terus mengembangkan bakat nyanyian saya serta secara tidak langsung memberi semangat baru menghadapi dunia hiburan ini pasca Covid-19 yang penuh cabaran” ujar Kirana lagi.
Dengan berbaki satu episod lagi sebagai episod final dari 9 episod sebelum ini yang melibatkan lebih 200 peserta yang bertanding sebelum ini hanya 18 peserta sahaja yang bertuah terpilih untuk mara ke final pada Ahad minggu hadapan. Sama-sama kita nantikan siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Juara All Together Now 2021 nanti.