Demonstrasi bantah serangan Israel di Gaza diadakan di seluruh Eropah

Demonstrasi bantah serangan Israel di Gaza diadakan di seluruh Eropah

AMSTERDAM/BERLIN/PARIS,. Masyarakat di seluruh Eropah terus menyatakan solidariti mereka terhadap Palestin dan mengutuk serangan Israel yang berterusan ke atas Gaza, lapor Agensi Anadolu.

Walaupun hujan, kira-kira 2,000 orang berkumpul di Amsterdam, Belanda sambil membawa bendera Palestin dan melaungkan slogan “from the river to the sea”, “Palestine will be free,” “ceasefire now,” dan “stop genocide in Palestine”.

“Di Poland, ratusan orang berhimpun di Warsaw sebagai tanda solidariti dengan rakyat Palestin di Gaza dengan slogan yang menekankan mengenai pembunuhan kanak-kanak dan orang awam oleh Israel.

Sementara itu, perarakan besar-besaran berlangsung di Vienna, ibu negara Austria, menuntut penamatan pendudukan Israel di Semenanjung Gaza.Di Jerman, ratusan orang mengadakan protes pro-Palestin di Berlin.

Perarakan sekumpulan doktor menarik perhatian apabila mereka berarak sambil menutup mulut sebagai simbolik membantah pengeboman hospital di Gaza dan pembunuhan orang awam.

Beribu-ribu lagi peserta berkumpul di Dataran Parc Des Cropettes di Geneva, Switzerland.

Cuaca sejuk tidak menghalang mereka untuk berarak ke Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di bandar itu.
Sementara itu di Perancis, ribuan orang berkumpul tanpa menghiraukan cuaca sejuk dan hujan.

Di seluruh negara, demonstrasi berasingan dianjurkan di pelbagai bandar, termasuk Rennes, Clermont-Ferrand dan Toulouse.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)