Dominic Yakin Perikatan Nasional Menang Di Kuala Kubu Bharu Walaupun Dengan Calon BERSATU
By : Mahadi Mahbol
Kuala Kubu Bharu : Presiden Gerakan , YB Senator Dr Dominic Lau begitu yakin Perikatan Nasional akan menang Pilihanraya Kecil DUN N6 Kuala Kubu Bharu . Kemenangan ini akan dicapai dengan berasaskan kepada faktor pemilihan calon yang tepat dan juga usaha berterusan Perikatan Nasional untuk mendampingi masyarakat Kuala Kubu Bharu.
Sebelum ini, Parti Gerakan telah pun menyatakan hasrat untuk menghantar calon bertanding di Pilihanraya Kecil DUN N6 Kuala Kubu Bharu . Namun begitu sebelum ini Pengerusi PN Selangor Datuk Seri Azmin Ali telah pun menyatakan bahawa PN hanya akan menghantar calon yang mampu untuk meraih lebih banyak sokongan dan mampu mencapai kemenangan dalam pilihanraya kali ini.
“Dalam pemilihan dan penilaian bagi PN untuk Calon dalam PRK KKB ini , Parti Gerakan pun ada senarai nama calon-calon daripada Gerakan untuk mewakili PN dalam PRK Kali ini. Kita pun mendapati Bersatu pun juga ada calon yang berhasrat untuk bertanding .
Majlis Tertinggi Perikatan Nasional telahpun mengadakan satu mesyuarat khas bersama Pengerusi Perikatan Nasional , Tan Sri Muhyiddin Yasin untuk menentukan wakil Perikatan Nasional dalam Pilihanraya kecil Kuala Kubu Baru ini.
“Selepas kita buat penilaian dan pemilihan, bahawa kita telah bersetuju calon tempatan dari Bersatu merupakan pilihan yang tersesuai, terbaik dan terbagus.
“Oleh itulah kita buat keputusan walaupun memang Gerakan ada menunjukkan hasrat , tetapi kita sebulat suara bersetuju calon Bersatu akan mewakili Perikatan Nasional dalam PRK kali ini.
Walaupun Perikatan Nasional telah pun mengalami kekalahan dalam Pilihanraya Negeri yang lalu, pusat khidmat PN telah dikekalkan untuk terus bersama-sama dengan pengundi-pengundi di Kuala Kubu Bharu .
“Ini tidak serupalah dengan yang disebelah sana, banyak YB (yang berhormat) telah menang tetapi tak nampak orang!
Menurut Dr Dominic lagi, ketiadaan ADUN sebelum ini didalam kawasan menjadi kesukaran kepada masyarakat untuk melaporkan masalah setempat dan juga kehilangan tempat untuk bergantung harapan.
Seterusnya, Dr Dominic juga menyatakan bahawa kelebihan Perikatan Nasional dalam PRK kali ini ialah komitmen Perikatan Nasional untuk meneruskan program program kebajikan di Kuala Kubu Bharu.
“Kita tahu rakyat susah , memang duit tak cukup . Oleh itu dengan bantuan yang kita berikan kepada mereka , Bagi telur percuma, sayur percuma, dan juga isi minyak petrol percuma , yang inilah program yang kita kekalkan .
Dr Dominic juga telah bersama sama dengan kepimpinan Perikatan Nasional yang lain untuk menyatakan bahawa PRK Kuala Kubu Bharu ini merupakan suatu referendum kepada kerajaan perpaduan .
“Tambahan pula , kita telah menganggap bahawa PRK ini adalah referendum , referendum yang menunjukkan ketidakpuasan hati rakyat kepada kerajaan perpaduan atau erajaan madani pada hari ini .
-Gerbangpost