PN penyelamat negara, bukan pengkhianat: Muhyiddin

PN penyelamat negara, bukan pengkhianat: Muhyiddin

KUALA LUMPUR,. Kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah penyelamat negara ketika berdepan dengan krisis pandemik COVID-19, dan bukannya pengkhianat seperti yang dicanang oleh musuh politik, kata Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata ekonomi negara kini tidak runtuh kerana kepimpinannya selaku perdana menteri ketika itu telah mengambil beberapa tindakan berani dan berkesan untuk memastikan kesejahteraan rakyat terbela termasuk membuka semula sektor ekonomi demi mengelakkan negara berdepan krisis lebih buruk.

“Kita bukan pengkhianat kepada bangsa agama dan negara, kita penyelamat negara tercinta kita,” katanya ketika berucap pada majlis pengumuman calon PN bagi menghadapi Pilihan Raya umum ke-15 (PRU15), di sini, malam tadi.

Oleh itu, katanya, adalah penting untuk rakyat terus memberi mandat kepada PN pada PRU15, 19 Nov ini agar PN boleh kembali mentadbir negara untuk tempoh lima tahun.

“Lebih penting kerajaan yang dibentuk menerusi sokongan rakyat adalah kerajaan yang prihatin dan dapat pikul satu tugas beban yang besar. Persoalannya siapa parti yang dapat pikul amanah itu, jawapannya tidak lain tidak bukan iaitu PN.

“Bukan nak masuk bakul angkat sendiri, malah ini bukan juga hanya perkataan tetapi tindakan secara berkesan kita telah buktikan untuk bela rakyat,” katanya.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)