Dua gempa bumi berturut-turut gegarkan pulau peranginan Crete di Greece

HomeFeaturedBerita Semasa

Dua gempa bumi berturut-turut gegarkan pulau peranginan Crete di Greece

ATHENS,. Dua gempa bumi berturut-turut masing-masing dengan magnitud 4.6 dan 5.3 menggegarkan pulau peranginan Crete dalam tempoh selang beberapa mini

ASEAN bincang pemodenan prosedur perdagangan rentas sempadan
KETUA HAKIM NEGARA DAHULUI SENARAI PENERIMA BINTANG DARJAH KEBESARAN TERENGGANU
Gunung Semeru meletus tiga kali, aliran piroklas cecah 3.5 km

ATHENS,. Dua gempa bumi berturut-turut masing-masing dengan magnitud 4.6 dan 5.3 menggegarkan pulau peranginan Crete dalam tempoh selang beberapa minit pada tengah hari Sabtu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) yang memetik media tempatan.

Pusat gempa berkenaan dikesan pada kedalaman kira-kira 14 kilometer di bawah dasar laut berhampiran pulau kecil Gavdos di selatan Crete.

Gegaran kuat gempa bumi itu dilaporkan dapat dirasai dengan jelas di seluruh pulau berkenaan, termasuk di bandar Rethymnon dan Chania, menurut portal dalam talian Cretalive.

Pihak polis Greece telah menjalankan rondaan di kawasan terjejas namun tiada sebarang laporan mengenai kerosakan diterima setakat ini, lapor Cretalive.

SUMBER;

–BERNAMA-dpa