Ekovest Umum Projek LIKE dan KBL Akan Dibuat Secara Berperingkat

Ekovest Umum Projek LIKE dan KBL Akan Dibuat Secara Berperingkat

Projek naik taraf dua lebuh raya utama oleh Ekovest Bhd – iaitu Laluan Istana-Kiara (LIKE) dan Kampung Baru Link (KBL) – akan dilaksanakan secara berfasa, menurut kenyataan rasmi syarikat kepada Bursa Malaysia.

LIKE akan dimulakan dahulu di bawah Fasa 1, di mana perjanjian konsesi akan ditandatangani antara kerajaan dan anak syarikat Ekovest, LDF2A, selepas disahkan oleh Jabatan Peguam Negara.

Sementara itu, Fasa 2 untuk KBL akan dikendalikan bersama UKAS, dan dijangka dimuktamadkan sebelum akhir tahun 2026.

Pengumuman ini adalah susulan kepada cadangan awal penswastaan yang dibuat pada tahun 2017.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS Wordpress (0) Disqus ( )