
Empat Percubaan Seludup Komoditi Bernilai RM772,000 Digagalkan Kastam Selangor
SHAH ALAM — Empat cubaan penyeludupan melibatkan pelbagai barangan komoditi termasuk beras dan alkohol berjaya dipatahkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor dengan nilai rampasan keseluruhan mencecah RM772,819.
Pengarah Kastam Selangor, Tun Norlela Azumi Ramli berkata, kesemua barangan berkenaan dikesan cuba dibawa masuk tanpa permit import menggunakan taktik pengikraran tidak benar di zon bebas Pelabuhan Klang.
Rampasan membabitkan beras seberat 10,000 kilogram, 492 unit basikal elektrik, ratusan ribu aksesori elektrik serta ribuan liter etil alkohol, kesemuanya diikrar sebagai barang lain bagi mengelak peraturan ketat import.
Tindakan diambil di bawah Seksyen 135(1)(a) dan Seksyen 133(1)(a) Akta Kastam 1967 dan siasatan lanjut sedang dijalankan.