Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Guru

HomeFeaturedBerita Semasa

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Guru

KUALA LUMPUR,. Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Hari Guru kepada seluruh

Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Trump ugut musnahkan bom jambatan, loji janakuasa Iran jika kapal di Selat Hormuz terus diserang
Video kreatif jadi medium didik rakyat hayati keselamatan negara

KUALA LUMPUR,. Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik di negara ini atas jasa dan pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa.

Menerusi hantaran Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda juga menzahirkan penghargaan kepada guru-guru yang menjadi tunjang penting dalam membentuk generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing demi masa depan negara.

“Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah berkenan menzahirkan penghargaan atas pengorbanan, kesabaran dan dedikasi para guru dalam menyampaikan ilmu serta memupuk nilai murni kepada anak bangsa,” menurut hantaran itu.

Sempena sambutan Hari Guru hari ini, Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan harapan agar kebajikan warga pendidik terus diperkasakan serta dipertingkatkan demi memastikan bidang perguruan kekal dihormati dan mampu melahirkan generasi rakyat Malaysia yang cemerlang.

Sambutan Hari Guru tahun ini bertemakan ‘Guru Bitara, Nadi Negara’.

oleh
BERNAMA