Enam rumah musnah dalam kebakaran di Teluk Intan

HomeFeaturedBerita Semasa

Enam rumah musnah dalam kebakaran di Teluk Intan

IPOH: Enam rumah di Jalan Mak Intan, Kampung Terengganu dekat Teluk Intan musnah akibat kebakaran tengah malam tadi. Pemangku Ketua Operasi Jabatan Bo

Pendaki hilang: Pasukan SAR ambil cip kamera pengawasan kesan Jaslinda
4 maut, beberapa cedera dalam letupan di selatan, barat daya Iran – Laporan
Peperiksaan STAM 2025 bermula 12 hingga 24 Nov libatkan 4,443 calon – KPM

IPOH: Enam rumah di Jalan Mak Intan, Kampung Terengganu dekat Teluk Intan musnah akibat kebakaran tengah malam tadi. Pemangku Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian pada 12.40 tengah malam.

“Kebakaran melibatkan enam rumah kelas B dengan anggaran kemusnahan 90 peratus, selain tiga motosikal. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya dalam kenyataan.

Shazlean berkata punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Beliau berkata kebakaran dikawal pada 1.12 pagi dan operasi melibatkan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan dibantu BBP Hutan Melintang serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Teluk Intan dan PBS Batu 12 tamat pada 3.05 pagi.

Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak memaklumkan 21 mangsa daripada empat keluarga yang terjejas ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Bandaran Majlis Perbandaran Teluk Intan.

— BERNAMA

COMMENTS