EPL kembali Khamis ini selepas tertangguh 100 hari

EPL kembali Khamis ini selepas tertangguh 100 hari

LONDON,. Saingan bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) akan kembali awal pagi Khamis ini waktu Malaysia selepas tertangguh 100 hari dengan Liverpool semakin hampir memenangi gelaran dalam perubahan radikal bola sepak seluruh dunia.

Kelab liga utama England mengikut jejak langkah Bundesliga Jerman dan La Liga Sepanyol untuk menyambung semula kempen mereka selepas perintah berkurung dengan sasaran melengkapkan 92 perlawanan dalam tempoManchester h enam minggu penuh aksi.

Aston Villa akan melakukan sepak mula berdepan Sheffield United (1 pagi) pada Khamis, diikuti Manchester City melawan Arsenal (3.15 pagi).

Walaupun dikritik sebahagian kelab dan bintang termasuk Sergio Aguero dan Raheem Sterling, “Project Restart” berjalan dengan lancar dengan ujian kerap terhadap pemain dan kakitangan hanya sedikit menunjukkan postif.

Bagaimanapun apabila saingan Villa dan Sheffield bermula, dunia yang menonton akan berdepan suasana berbeza dengan kedaan sunyi di tempat duduk penonton.

Bunyi sorakan penonton, penyokong daripada keratan kadbod dan video secara langsung akan menambah warna perlawanan namun sukar menyamai kedaan aksi sebenar.

Secara keseluruhan 300 orang dibenarkan berada dalam stadium untuk setiap perlawanan dengan protokol kesihatan tegas akan dikenakan.

Mereka selain pemain dan staf kejurulatihan perlu memakai pelitup muka. Perlawanan itu juga akan nampak berbeza.

Pemain sudah diberitahu supaya mengekalkan jarak sosial ketika meraikan jaringan dan digalakkan tidak meludah.

– AFP

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )