
Fadillah: Kolam Takungan Pelbagai Guna Bantu Kurangkan Risiko Banjir
LONDON, 27 April 2025 – Kerajaan kini menumpukan usaha membina kolam takungan pelbagai guna sebagai strategi utama untuk menangani masalah banjir, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Fadillah berkata kolam ini berfungsi untuk menampung air hujan berlebihan serta menjadi sumber bekalan air semasa musim kemarau.
Beliau menambah bahawa mitigasi banjir perlu dilaksanakan segera memandangkan perubahan iklim menyebabkan peningkatan hujan lebat luar biasa yang membawa risiko kerugian besar kepada rakyat dan negara.