Fadillah zahir ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Agong

HomeFeaturedBerita Semasa

Fadillah zahir ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Agong

KUALA LUMPUR,. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof merafak sembah dan menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah bersempena dengan Ulan

Konflik Asia Barat: AS tingkat serangan ke atas Iran, Tehran beri amaran sedia hadapi perang
AS umum dana kemanusiaan AS$1.8 bilion sokong usaha bantuan diketuai PBB
Pelaburan KWAP dalam eFishery terjejas akibat penipuan terancang, pemulihan dana sedang dilakukan – MOF

KUALA LUMPUR,. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof merafak sembah dan menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah bersempena dengan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, hari ini.

Fadillah menerusi hantaran di Facebook berkata beliau bersama seluruh rakyat Malaysia mendoakan agar Seri Paduka Baginda dan seluruh kerabat diraja dikurniakan keafiatan berpanjangan serta sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.

“Semoga Duli Tuanku terus kekal qarar bersemayam di atas singgahsana takhta pemerintahan dengan penuh kebesaran, kedaulatan dan kemuliaan serta memayungi rakyat dan memimpin negara dengan penuh hikmah, adil dan bijaksana,” menurut hantaran itu.

SUMBER;

–BERNAMA