Fahmi Tegaskan Tanggungjawab Telco, Mahu Isu Internet Lemah Diselesaikan Hari Ini Juga

Fahmi Tegaskan Tanggungjawab Telco, Mahu Isu Internet Lemah Diselesaikan Hari Ini Juga

TAPAH — Dalam usaha menangani rungutan rakyat berkaitan sambungan internet yang tidak stabil, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil memberi tempoh sehingga jam 5 petang hari ini kepada semua syarikat telekomunikasi untuk membentangkan penyelesaian, atau berdepan tindakan keras daripada pihak berkuasa.

“Ramai mengadu. Kita tak boleh terus biarkan pengguna menanggung kesulitan, terutama di kawasan luar bandar,” katanya ketika meninjau kemudahan di Pusat NADI Air Kuning.

Ujian yang dijalankan oleh MCMC pada bulan lepas menunjukkan banyak kawasan — termasuk Belaga, Ulu Rajang, Tambun, dan kampung Orang Asli — masih gagal mencapai standard minimum 7.5 Mbps.

Fahmi turut mengingatkan pengguna media sosial supaya berkempen secara bertanggungjawab sepanjang tempoh PRK DUN Ayer Kuning dan tidak menyentuh isu-isu 3R yang boleh menjejaskan keharmonian.

“Biar kita berpolitik secara matang — bawa idea, bukan hina orang,” tambah beliau.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )