Faisal Halim Pilih Terus Melangkah: “Saya Akan Bangkit, Biar Apa Pun Jadi”

Faisal Halim Pilih Terus Melangkah: “Saya Akan Bangkit, Biar Apa Pun Jadi”

PULAU PINANG – Meski pernah melalui detik hitam dalam hidupnya, Faisal Halim tidak mahu tragedi yang menimpanya menamatkan semangatnya.

Kini, beliau hanya mahu fokus kepada bola sepak dan membina semula keyakinan diri.

Katanya, keputusan pihak PDRM dan Jabatan Peguam Negara yang menutup kes tersebut tidak mengubah tekadnya untuk terus berjaya.

“Saya tak mahu hidup dalam trauma. Saya pilih untuk bangkit dan jadi lebih kuat.

Bola sepak adalah hidup saya, dan saya akan teruskan selagi mampu,” katanya dalam nada penuh keazaman.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This