FIFA perkenal cincin kejuaraan untuk pemenang Piala Dunia

HomeFeaturedBerita Semasa

FIFA perkenal cincin kejuaraan untuk pemenang Piala Dunia

NEW YORK,. Pemenang Piala Dunia FIFA 2026 akan menerima cincin kejuaraan selain trofi tradisional dan pingat emas, lapor Xinhua, memetik pengumuman FI

Mbappe cipta sejarah raih Kasut Emas dua kali berturut-turut, Sepanyol bolot anugerah Piala Dunia
32 pasukan sahkan tempat ke pusingan kalah mati Piala Dunia
Ronaldo sahkan Piala Dunia 2026 penampilan terakhirnya

NEW YORK,. Pemenang Piala Dunia FIFA 2026 akan menerima cincin kejuaraan selain trofi tradisional dan pingat emas, lapor Xinhua, memetik pengumuman FIFA pada Khamis.

Cincin itu akan dihadiahkan kepada juara selepas perlawanan akhir Piala Dunia Ahad di Stadium New York New Jersey, di mana Sepanyol dan Argentina akan bertarung untuk merebut gelaran.

Cincin kejohanan adalah sebahagian daripada koleksi edisi terhad sebanyak 2,026 bentuk cincin bernombor individu untuk memperingati kejohanan 2026.

Tiga puluh cincin akan diberikan kepada anggota pasukan yang menang. Baki 1,996 akan dikeluarkan di seluruh dunia sebagai memorabilia berlesen rasmi.

Setiap cincin menampilkan trofi Piala Dunia FIFA pada satu bahagian, manakala bahagian bertentangan akan disesuaikan untuk mencerminkan identiti pemenang kejohanan.

Pengenalan cincin kejohanan menambah elemen Amerika Utara pada penyampaian anugerah FIFA, mencerminkan tradisi lama dalam sukan profesional AS iaitu pasukan juara menerima cincin peringatan bersama trofi mereka.

— BERNAMA-XINHUA