FIFA sedia bantu kelab, liga terjejas COVID-19

FIFA sedia bantu kelab, liga terjejas COVID-19

LAUSANNE, Switzerland,. Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA) merancang untuk menawarkan bantuan kepada bola sepak dunia selepas pandemik COVID-19 menjejaskan kewangan kelab dan liga.

Badan induk bola sepak dunia itu, yang mempunyai rizab AS$1.5 bilion (RM6.47 bilion), berkata mereka sedang memikirkan cara untuk membantu komuniti bola sepak global.

“Bentuk bantuan berkenaan sedang dalam kajian dan dibincangkan dengan ahli gabungan FIFA, persekutuan dan rakan kongsi lain,” kata FIFA.

FIFA sebelum ini mengumumkan yang mereka sudah membentuk kumpulan kerja bagi membantu badan-badan induk benua menangani impak krisis COVID-19, yang memaksa saingan bola sepak ditangguhkan termasuk Euro 2020.

Ia turut menyebut tentang dana sokongan, namun perinciannya hanya akan diumumkan sebelum hujung minggu ini. – AFP

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )