LONDON,. Seorang remaja Filipina muncul juara edisi sulung Eurovision Song Contest Asia 2026 menerusi lagu yang memperjuangkan pemerkasaan wanita, lap
LONDON,. Seorang remaja Filipina muncul juara edisi sulung Eurovision Song Contest Asia 2026 menerusi lagu yang memperjuangkan pemerkasaan wanita, lapor PA Media/dpa.
Carmelle Collado, 19, merangkul kejuaraan itu di Bangkok dalam pertandingan yang disertai 11 peserta dan berskala lebih kecil berbanding Eurovision Song Contest yang terkenal dengan penganjurannya secara besar-besaran di Eropah.
Lagu dendangan Collado berjudul “Sobra-Sobra”, yang menggabungkan bahasa Inggeris dan Tagalog memperoleh mata tertinggi daripada undian awam serta juri profesional.
Filipina memenangi pertandingan itu dengan 211 mata, diikuti Thailand dengan 170 mata dan Vietnam, 164 mata.
Eurovision mengumumkan penganjuran edisi Asia buat kali pertama pada awal tahun ini. Pertandingan itu melibatkan penyiar dari 11 negara di rantau berkenaan, termasuk Vietnam, Korea Selatan, Thailand, Kemboja, Laos, Mongolia, Bhutan, Bangladesh, Nepal dan Malaysia.
Sistem pengundian pertandingan itu menggunakan kaedah yang sama seperti Eurovision Song Contest, dengan pemenang ditentukan melalui gabungan undian awam dan juri profesional.
— BERNAMA-PA MEDIA/dpa

