FILIPINA SASAR PERLUAS PASARAN HALAL MENERUSI MIHAS 2026

HomeFeaturedBerita Semasa

FILIPINA SASAR PERLUAS PASARAN HALAL MENERUSI MIHAS 2026

KUALA LUMPUR,. Filipina berhasrat memperluas pasaran produk halalnya di Malaysia dan peringkat antarabangsa dengan membawa 12 syarikat yang menawarkan

MOTAC: Menghargai usaha komuniti menyambut PraGawai kekayaan budaya serta keunikan tradisi
Gempa bumi 6.1 skala Richter gegar timur laut Jepun, tiada amaran tsunami
KKDW tidak belanja melebihi peruntukan diluluskan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR,. Filipina berhasrat memperluas pasaran produk halalnya di Malaysia dan peringkat antarabangsa dengan membawa 12 syarikat yang menawarkan produk diperakui halal serta sedia untuk dieksport ke Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026.

Duta Filipina ke Malaysia Maria Angela A. Ponce berkata penyertaan negara itu dalam MIHAS mencerminkan komitmennya untuk membangunkan industri halal yang lebih kukuh dan berdaya saing, selain membuka lebih banyak peluang kepada pengeksport Filipina dalam pasaran halal global.

“Malaysia merupakan rakan penting dalam usaha ini dan kami berharap dapat memperkukuh kerjasama bagi membolehkan lebih banyak produk halal Filipina sampai kepada pengguna di Malaysia serta pasaran antarabangsa lain,” kata beliau ketika merasmikan Pavilion Filipina pada Rabu.

Pavilion dianjurkan oleh Biro Pemasaran Eksport Jabatan Perdagangan dan Industri (DTI-EMB) serta Pusat Perdagangan dan Pelaburan Filipina-Kuala Lumpur (PTIC-KL).

Menurut PTIC-KL, menerusi penyertaan dalam MIHAS, Filipina berhasrat menghubungkan pengeksport negara itu dengan pembeli antarabangsa, pengedar, peruncit dan rakan perniagaan berpotensi.

Penyertaan itu juga bertujuan mempromosikan Filipina sebagai sumber produk halal berkualiti yang berdaya saing dan boleh dipercayai, selain memperkukuh penyertaannya dalam rantaian nilai halal global.

MIHAS 2026 berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) dari 23 hingga 26 Sept.

— BERNAMA